MENU

Monday, 27 February 2017

TRAVEL ITINERARY KE HONG KONG DAN BAJET

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia kepada semua warga Malaysia. 
Kali ini CKT nak update tentang perjalanan serta itinerary ke Hong kong pada minggu lepas iaitu bertarikh 19 February sehingga 23 February 2017. Sememangnya kerja CKT ni adalah survey tiket air asia dan book je tiket yang murah untuk ke serata dunia. Kali ni yang dapat adalah Hong kong!
Alhamdulillah , kali ni CKT dah jejakkan kaki di Negara paling mahal serta mewah di Dunia iaitu Hong kong.Memang tak dinafikan gelaran tu sangat sesuai dan serius nak travel ke hong kong dalam keadaan ekonomi Malaysia tak stabil ni sangat mahal . Bajet saya ke sana adalah RM4000.00 termasuk kos keseluruhan makan minum , flight , Octopus card dan travel dan termasuk juga kesilapan lewat dan terlepas flight hehe...Tapi anggaran keseluruhan untuk trip ni RM1800-RM2000 pun dah cukup untuk yang travel solo macam CKT.
Pada pendapat CKT , Hong kong ni merupakan salah negara dengan kebebasan beragama dan juga kemudahan transport yang banyak kepada penduduknya. Sangat memudahkan dan juga rancangan bandar sangat teliti. Masa first time CKT jejakkan kaki di airport tak terasa sangat sejuknya tu , tapi bila dah terjah ke luar dia punya sejuk tu macam nak demam. 9 Darjah celcius sahaja masa musim sejuk dan musim bunga. Dah laa tak bawa baju sejuk , terpaksa pakai 2-3 helai baju kah kah...
Itinerary Cik kaki travel di hong kong adalah :
Hari pertama : 
-Halal dimsum , Halal canteen hong kong
-Kowloon Park
-Tsim sha tsui park
-Hong kong MTR observe
-Tsim sha tsui Mosque
Hari Kedua :
-Big bus tour (Green line) Lantau island
-Ferry to hong kong
-Ferris wheel , central
-Stanley , Lantau island
-Sampan ride
Hari Ketiga :
-Ocean park 
-The ride
-Ocean Park Grand Aquarium
-Rest / Walking Yau ma tei street
-Ladies Market , Mong kok MTR station (Beli souvenirs)
Hari Keempat :
- Big Buddha Temple
- Arbadeen Street
- Rest
Hari Kelima :
-Beli Souvenirs
-Flight 11.00 am
CKT tak pegi pun Disneyland sebab salah satunya Ocean Park dah best pun dan ride dia lagi menggagumkan buat apa habiskan duit pegi 2 2 , bagi CKT lebih baik pilih salah satu je memandangkan kita pun backpacker kan? Memandangkan CKT dah habiskan banyak duit di sana sebab kesilapan daripada MTR dan Flight jadi CKT boleh suggest pilihan terbaik untuk saving duit masa backpack di negara paling mahal ni..I learned the hard way hahaha...kiranya expert juga laa...haha
TIPS BERGUNA SEBELUM DAN SEMASA DI HONG KONG
1.Sebagai persediaan awal-awal booking bilik melalui online , antara yang menyediakan kemudahan terbaik adalah seperti booking.com dan Trivago. CKT booking daripada booking.com je sebab mudah. Pilih untuk bayar tunai adalah lebih baik sebab banyak hostel di hong kong hanya terima tunai melainkan hotel yang terkemuka dan mahal
2. JANGAN BOOKING FLIGHT MELEPASI JAM 9.00 MALAM DARIPADA MALAYSIA , SEBAB KORANG AKAN AKAN SAMPAI JAM 11.30 MALAM DAN MASA TU KORANG TAK ADA PILIHAN LAIN MELAINKAN AMBIL TEKSI YANG HARGA HAMPIR 3x GANDA IAITU HKD 280.00 , MAHAL TU. PILIH YANG PAGI ATAU PETANG PUNYA FLIGHT MEMANG BOLEH SAVING BANYAK DUIT. DAN BILA KORANG DAH NAK DEPART DARI HONG KONG BALIK MALAYSIA , PASTIKAN CHECK IN 1 jam 30 minit AWAL ATAU KORANG AKAN JADI KES MACAM CKT DI MANA CKT MENANGIS SEBAB TERTINGGAL FLIGHT.
3. Untuk transport dari airport ke tempat korang , sebagai contohnya korang tinggal di Yau ma tei atau tsim sha tsui. Korang boleh terus beli Octopus card untuk kemudahan korang di bahagian Airport express dan daripada tempat arrival di airport tu korang cari tempat bas. Korang hanya perlu naik bas A21 dengan tambang hanya HKD 13.00 . Masa dalam perjalanan , akan ada 1 TV yang bagitau tempat perhentian seterusnya. Korang perlu peka bahagian mana yang korang nak turun ataupun korang akan end-up patah balik ke airport. Kan susah tu.
4. Beli octopus card. Octopus card ni lebih kurang macam touch & go versi Hong kong. Boleh pakai di 7E dan boleh pakai di restoran. Harga untuk deposit adalah HKD 50.00 dan HKD 100.00 akan di top-up masuk kedalam card korang. Deposit HKD50.00 tu boleh refund balik di kaunter dekat airport terminal arrival (Tapi aku tak refund balik sebab aku nak buat octopus card tu kenang-kenangan) Ingat ya , Card tu hanya boleh guna sorang saja. Jangan nak mengada pakai 1 card untuk 2 orang tak pasal-pasal nanti tertinggal bas.
5. Kalau korang stay di Chungking mansion Tsim sha tsui (confirm korang akan pening cari tempat tinggal korang)  . Korang jangan terpedaya dengan gambar-gambar yang ada dalam booking.com tu. Indah dari khabar rupa saja bilik korang tu. Hakikat sebenarnya bilik korang kecik macam tandas di malaysia. Serius. korang kena tegas dan cakap korang bayar mahal untuk bilik. CKT fight balik tau masa dorang tipu CKT tu akhirnya CKT dapat bilik yang besar dan agak selesa. Alhamdulillah.
6. Download Aplikasi MTR hong kong dan tengok map ataupun anda akan pening nanti. MTR ni ada banyak Line . Nampak Line hijau , merah , biru tu? itu laa Line yang korang akan pakai masa di Hong kong , yang lain tu kurang sangat. Line Merah tu MTR di tsim sha tsui dan station terakhir adalah di central. Line hijau gelap tu pulak kalau korang nak pegi tengok Big buddha di Tung chung ,lantau island. Line biru gelap tu pulak kalau korang nak ke Hong kong island.

7. Booking tiket disneyland dan ocean park secara online ataupun anda akan end-up berbaris panjang. Waktu yang disarankan untuk ke ocean park dan disneyland adalah pada hari penduduk hong kong bekerja. Maksudnya Isnin-jumaat laa. Kalau korang ambil Weekend memang korang kena berbaris di tempat masuk dan tempat permainan.
8. Sediakan HKD 2000.00 untuk perjalanan jika anda stay selama 4 hari.
9. Jangan lupa bawa duit Malaysia juga sebab akan terjadi kecemasan.Mereka akan curi duit anda di tempat penukaran wang. Jika anda tukar RM100.00 boleh jadi hanya akan dapat separuh sahaja. Pengurup wang di sini sememangnya pencuri bagi CKT.
10. On-kan Maybank Oversea use anda supaya boleh dipakai semasa diluar negara. Di hong kong tiada Maybank. Saya cadangkan Buka akaun HSBC kerana di sini HSBC adalah bank utama Hong kong. Dan kadar penukaran wang daripada HSBC di sana tidak begitu mahal.
11. Beli Travel sim card jenama CSL semasa anda berada di hong kong. Untuk 5 hari penggunaan hanya HKD 88.00 dan disertakan juga dengan 1.5gb internet. Untung tu! Tak perlu susah payah roaming sebab roaming mahal sangat.
12. Jangan lupa bawa makanan segera seperti Maggi kerana makanan di hong kong teramat mahal dan harga air minuman adalah HKD 10.00 bermaksud RM5.00 di malaysia untuk sebotol. Dilarang bawa minuman semasa dalam penerbangan air asia. Anda akan dikenakan hukuman atau penalty. Oleh itu , redha sajalah dan hanya boleh bawa botol kosong untuk isi air.
13. Untuk pengangkutan yang cepat , CKT cadangkan MTR berbanding bas dan teksi kerana kemudahan yang disediakan lebih baik dan cepat.
14. Ladies Market , Mung kok : Yang ini CKT nak tekankan sedikit . Jangan tertipu dengan penjual sebab dorang ni suka tipu pembeli dengan letak harga mahal. Dorang akan panggil anda dan tawarkan harga HKD 100.00 untuk souvenirs tapi jangan mudah termakan pujukan dorang. Teknik berhadapan dengan dorang ni adalah bila korang tengok harga tidak berpatutan korang berjalan keluar dari kedai dorang dan cakap harga terlalu mahal tak mampu. Di situ dorang akan tawarkan harga yang gila-gila murah untuk anda sebab tak nak hilang pelanggan.serius.
15. Kalau korang beli tiket Big bus tour , seeloknya beli yang pakej penuh kerana anda akan dapat kurangkan masa serta banyak benda yang korang akan buat dalam masa sehari. Termasuklah pergi ke bukit stanley dan menaiki sampan di Arbadeen serta tiket ferry percuma. Anda juga akan dapat tiket untuk ke "The Peak" iaitu tempat tertinggi hong kong untuk melihat permandangan. Hanya tunjukkan tiket semasa di kaunter The Peak tingkat paling atas untuk naik ke bangunan tertinggi The peak.
16. Akan ada ramai pakistan yang menjual pakej big bus dan pakej bermalam. Jangan tertipu dengan skim begini. Buat tak tahu je.
17. Last sekali , Kalau korang nak cari HALAL CANTEEN yang jual Dimsum halal tu , korang ikut MTR dari central yang line merah tu kemudian turun dari MTR masa dah sampai station Wan chai. Dari situ korang cari je Masjid Ammar dan tanya orang sekeliling sebab tempat ni sangat susah dicari, paling bagus pakai Waze atau maps , Halal canteen tu actually dalam masjid Ammar tingkat 5 . Ada sesetengah page yang tulis Halal canteen berhampiran masjid Ammar , What the hell? Aku cari susah nak mampus. Rupanya dalam Masjid Ammar. Lain kali tulis direction tu elok-elok laa sikit. Orang ikut direction yang kau provide tau.
THE BEST THING ABOUT HONG KONG ( PRO & CONS)
Cik kaki travel ni suka belajar adat negara orang lain jadi inilah antara yang CKT belajar masa di hong kong , CKT copy balik daripada facebook CKT sendiri sebab CKT penat nak tulis haha :)
1. The most expensive city in the whole world including the service and souvenir
1. Negara yang paling mahal dan mewah di dunia dengan harga barangan serta servis termahal
2. Crowded with people who walking to go work and 70% of them don't even have transport
2. Sesak dengan orang pergi kerja berjalan kaki sebab kebanyakannya tiada kereta/motor
3. The coffee cost me around 35-40$ while the food is rather expensive. Mostly around 130$. For the small portion sandwich like Subway is around 70$ . In malaysia MYR that's mean i spend around RM150 for a day just for food. They beat the western country in food price.
3. Kopi sahaja berharga 35-40$ dan makanan pula lebih mahal 130$. Roti subway pula harga 70$. Kalau dalam MYR , maksudnya saya dah habiskan RM150 untuk makan sehari. Mereka kalahkan negara "western" dalam soal harga makanan.
4. Not all of them can speak English , just half of them speak english fluently but some of them really stick to their traditional language.
4. Tak semua orang boleh cakap inggeris dengan baik. Kebanyakannya suka berbahasa cina.
5. I have finished around MYR4000 or more for 5 days
5. Saya dah habiskan lebih daripada MYR4000 untuk 5 hari di sana
6. Hong kong is a clean city with a lot of public transport. But it is easily to get confused or lost in the middle of the big city.
6. Hong kong salah sebuah negara yang sangat bersih dan dipenuhi pengangkutan awam. Tapi kebarangkalian untuk sesat adalah sangat tinggi.
7. In Malaysia , The room rent is not too expensive and comfortable. Can you imagine in hong kong , they live in a room with a small space just like our toilet space and the rent is 1500$ per month?
7. Di Malaysia , bilik yang kita sewa adalah luas dan selesa walaupun agak mahal. Bayangkan di hong kong dorang tinggal di bilik yang keluasannya sama macam tandas di malaysia pada harga sewa 1500$ sebulan.
8. A lot of stressed people in hong kong. But i've never seen homeless people around.
8. Banyak penduduk yang tertekan di hong kong. Tapi tak pernah jumpa orang tiada rumah di sana.
9. Price for a day in hospital is very expensive and a lot of people suffer with critical condition and just depends on medicine.
9. Harga untuk rawatan 1 hari di hospital sangat mahal. Penduduk di sana banyak yang hanya bergantung pada ubat kerana takut tinggal di hospital.
10. People in there are not into racism but the immigrant are. Just 4% of Malaysian live in Hong kong. Most of them are pakistani , philipines and Indonesian. They work as maid or construction worker.
10. Penduduk di sana tidak terlalu pentingkan perkauman tapi sangat berbeza dengan penduduk yang tidak tetap. Peduduk yang berasal dari luar hong kong lebih racist . Hanya 4% dari malaysia. Kebanyakannya berasal dari pakistan , filipina dan indonesia. Mereka bekerja sebagai pembantu rumah atau pekerja binaan.
11. They are polite but i think Malaysian and indonesian are better if talking about about manners.
11. Mereka agak ramah tapi bagi saya Malaysia dan indonesia lebih ramah dan mempunyai adab berbanding mereka.
12. Most time i spent in there by walking on the street. Because there's a lot of huge building in there.
12. ketika di sana saya lebih banyak berjalan kaki untuk lihat bangunan yang tinggi.
13. Most of them is buddha follower. Only 5% Are muslims but most immigrant are muslims.
13. Kebanyakannya adalah buddha dan cuma 5% Islam. Tapi banyak pendatang asing adalah islam.
14. The country with less crime rate.
14. Antara negara yang sangat kurang jenayah.
15. Malaysian don't need visa to travel to Hong kong or Macau. But need visa to enter China.
15. Malaysia tidak perlu visa untuk ke hong kong atau macau tapi perlu visa untuk ke china.
16. Electronics such as mobile phone , CCTV , Go pro are affordable . For Go pro hero it only cost me about MYR 600-700 but they sell it for almost MYR 2000 in malaysia. Don't worry hong kong sell original things unlike China. But cloth like H&M and LEVIS are expensive.
16. Barangan elektronik sangat murah seperti telefon bimbit , CCTV dan go pro. Harga untuk Go Pro hero adalah sekitar MYR 600-700 tapi di Malaysia dijual hampir 2 kali ganda harganya. Jangan risau di Hong kong mereka sangat pentingkan kualiti dan kebanyakan barang adalah original. Tapi baju seperti H&M dan levis lebih mahal harganya.
17. Most street have CCTV
17. Jalan-jalan di hong kong mempunyai CCTV
18. People in here are often in rush and they don't like to spend time fooling around. There are no flirting action in here such as malaysia. They don't say "pewwittt" or something like that in here. There are no "mat rempit" in here.
18. Kebanyakan penduduk di sini lebih kelam kabut untuk ke satu-satu tempat dan tidak suka berfoya-foya. Tiada aksi yang menggangu para wanita di sana. Mereka tidak habiskan masa mengorat. Tiada mat rempit di sini.
19. Most of chinese hong kong are office worker. While indian and pakistani conquer the bussiness. Indonesian immigrant because the payment is higher as a maid and they also have speciality in here. 2 day holiday for them in here. The kowloon street will be crowded by indonesian who learn Quran in saturday and sunday.
19. Kebanyakan penduduk cina di hong kong adalah pekerja pejabat. Manakala india dan pakistan mengukuhkan ekonomi dari segi membuka bisnes perniagaan. Banyak penduduk indonesia datang ke hong kong kerana nilai bayaran adalah lebih tinggi dan mereka miliki keistimewaan seperti bercuti 2 hari pada sabtu ahad. Jalan kowloon akan dipenuhi dengan orang indonesia mempelajari Quran pada hari sabtu dan ahad.
20. A lot of people use ferrari and lamborghini in hong kong. Most of them are super rich. But a lot of them need financial help such as older people.
20. Banyak yang pakai ferrari dan lamborghini di hongkong. Kebanyakan dari mereka adalah kaya raya. Tapi banyak orang tua perlukan bantuan kewangan.
Setakat tu jelah yang CKT boleh bagitau sedikit sebanyak tentang hong kong. Harap korang berjaya laa sampai ye :)

MASJID TSIM SHA TSUI (BANYAK ORANG MENGAJI DI SINI)



HALAL DIMSUM , HALAL CANTEEN MASJID AMMAR

ARBADEEN STREET , SAMPAN RIDE (BIG BUS TOUR)


CKT SELFIE JE! COMEL?
FERRIS WHEEL , CENTRAL
THE PEAK HONG KONG , Lovely right? :)

10 comments:

  1. Tq for info...cadang nak ke sana thn dpn...skrg tgh survey2...ur info sgt membantu..tq again... :)

    ReplyDelete
  2. berapa total ground budget u?

    ReplyDelete
  3. thank you so much CKT. i find it really helpful. May Allah ease our trip, insya'Allah.

    ReplyDelete
  4. Tq so much CKT. Really helpful.

    ReplyDelete
  5. If ke mana2 naik taxi mahal x?

    ReplyDelete
  6. Pinjaman kami diasuransikan dengan baik untuk keamanan maksimum adalah prioritas kami, tujuan utama kami adalah untuk membantu Anda mendapatkan layanan yang Anda pantas, Program kami adalah cara tercepat untuk mendapatkan apa yang Anda butuhkan dalam sekejap. Kurangi pembayaran Anda untuk mengurangi beban pengeluaran bulanan Anda. Dapatkan fleksibilitas yang dapat Anda gunakan untuk tujuan apa pun mulai dari liburan, pendidikan, hingga pembelian unik. Pelamar yang tertarik harus Menghubungi kami melalui email: BBM INVITE: {D8980E0B} Hanya WhatsApp :: {33753893351}
    Email: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)

       Kami menawarkan berbagai layanan keuangan yang meliputi: Perencanaan Bisnis, Komersial dan Pengembangan Keuangan, Properti dan Hipotek, Pinjaman Konsolidasi Utang, Pinjaman Bisnis, Pinjaman Swasta, Pinjaman Pembiayaan Kembali Rumah dengan suku bunga rendah per individu, perusahaan dan badan hukum. Dapatkan yang terbaik untuk keluarga Anda dan miliki rumah impian Anda juga dengan skema Pinjaman Umum kami. Pelamar yang tertarik harus Hubungi kami melalui BBM INVITE: {D8980E0B}
    Hanya WhatsApp :: {33753893351}
    Email: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)

    ReplyDelete
  7. Banyaknya new things yang dapat dari blog ni. Keep sharing and thank you for these good tips :D

    ReplyDelete
  8. The Best Slots to Play for Fun - DRMCD
    Best Online Slots in 2020 부산광역 출장안마 · Raging Bull (Free Play in Demo Mode) · Super 7 진주 출장안마 (Full Casino Demo Mode) 광주 출장마사지 · Dead or Alive II 제주도 출장마사지 (Full Casino Demo 목포 출장샵 Mode).

    ReplyDelete
  9. Nak tanya...nak ke Hongkong melalui KLIA ke klia2

    ReplyDelete
  10. I akn ke hngkong pada 7/5 ny

    ReplyDelete

http://i.imgur.com/gMEwP.pngThank you for Visiting and have a good day!