Berapa ramai graduan Malaysia yang menghadapi masalah bebanan hutang di awal usia 20-an. Terlalu ramai yang disahkan CTOS oleh kerana tidak tahu teknik mengawal perbelanjaan bulanan dan teknik sebenarnya mengendalikan bayaran komitmen bulanan. Di sini CKT akan kongsikan bagaimana cara CKT simpan duit dan jaga kewangan sendiri. Harap ilmu yang CKT kongsikan bermanfaat kepada semua.
Tips Kewangan dari CKT :
1. JANGAN MULAKAN HUTANG KERETA
Jika fresh grad jangan start dengan beli kereta secara insurans. A big No No untuk kereta yang melebihi tahap kemampuan bayaran. Anggap kereta itu sebagai alat bantuan anda untuk ke destinasi. Pilih antara rumah atau kereta.
2. BANK BUKAN TEMPAT UNTUK DAPATKAN MODAL
Jangan anggap bank sebagai satu2nya cara untuk anda dapatkan modal. Sebaiknya mula dengan menawarkan perkhidmatan etc mengajar tuisyen dari rumah ke rumah , jadi grab , Food panda , di mana kos overhead kurang berbanding mencuba bisnes dalam bidang mengeluarkan produk sendiri.
3. MINIMUMKAN BELANJA UTILITI
Kurangkan perbelanjaan bulanan etc jimatkan bayaran utiliti , pakai kenderaan yang maintenance rendah dan lebihkan memasak di rumah berbanding makan di luar. Gunakan aircond hanya bila waktu malam sahaja.
4. TRENDS SEMASA MEMAKAN DIRI
Stop terikut trend semasa. Sekarang zaman tudung harga firaun. Siapa yang memiliki tudung tu dianggap bergaya. Sebenarnya dengan membeli tudung harga rm1000 , anda bukan sekadar hilang rm1000 tapi anda hilang kuasa membeli. Anda boleh beli 100 helai tudung berbeza gaya dengan rm1000 tapi malangnya dihabiskan dengan hanya 1 tudung.
5. DAHULUKAN PINJAMAN PERUMAHAN
Jika anda ingin memiliki rumah terlebih dahulu , jangan awalkan pembelian dengan kereta baru ataupun ASB loan. Pinjaman kereta dan ASB mengurangkan percentage untuk beli rumah. Buat ASB loan selepas memiliki rumah adalah lebih baik. ASB loan dianggap sebagai komitmen tahun2 pertama. Kelewatan membayar juga akan direkod dalam CCRIS.
6. CANTIKKAN CCRIS DENGAN KAD KREDIT
Sebaiknya bermula dengan Credit Card untuk cantikkan CCRIS anda. Beli sesuatu guna insurans dan bayar setiap bulan. Ingat bayar tepat pada masanya kalau nak memiliki rumah. Ingat , jangan terlebih guna pula. Credit card hanya untuk membantu anda dapatkan score yang cantik untuk ccris bank negara. Bukan untuk berfoya-foya.
7. POTONGAN PTPTN SECARA AUTO
Potong ptptn secara automatik daripada gaji. Ini untuk mengelakkan anda terpakai duit untuk bayar hutang. Ingat PTPTN juga termasuk dalam senarai CCRIS.
8. BAYAR KOMITMEN DULU BARU BELANJA
Utamakan membayar komitmen bulanan selepas gaji. Simpan beberapa ringgit sebulan dari pendapatan bulanan. Dan hanya pakai lebihan duit gaji sahaja untuk perbelanjaan.
9. BAYAR GAJI UNTUK DIRI SENDIRI
Untuk fresh grad yang memiliki bisnes , silakan bayar gaji untuk diri sendiri. Bukan semua duit hasil bisnes itu untuk dipakai. Jika anda pakai semuanya bagaimana bisnes nak berkembang?
No comments:
Post a Comment
http://i.imgur.com/gMEwP.pngThank you for Visiting and have a good day!